Ads

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Meisara

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

a'isy naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Hepi birthday to diddy... And happy 3rd anniversary.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, September 3, 2008

my engagement pics

heheh...dh bersawang eks...
ni aku upload pics tunang aku dulu..
akan menyusul pics nikah, sanding kelantan n sanding klang.
alhamdulillah semuanye sudah pun selamat...
kini kami dh bergelar suami isteri yg sah dan duduk sebumbung....semakin hampir dan setiap hari...ade bersama...macam konpius jap...ahaks... bak kata suri.. " kawen pn leh kompius ke?" hahahhahah

layan pics aku mase tunang...hehe

















more pics at my photographer's Page

Thursday, August 14, 2008

My Reception 08/08/08 n 09/08/08

salam.. n hi...
dh lama aku x post kt blog ni...
tp aku rase ia belum bersawang kan...hahahahha

majlis resepsi / reseption belah aku dh pun berlalu..
majlis yang simple yg diadakan selama 2 hari..iaitu 08/08/08 dan 09/08/08.

aturcara pada 08/08/08 ialah:-

11.00 am - Majlis pertunangan aku
2.30 pm - cukur jambul baby aiman
3.00 pm - tahlil arwah nenek (100 hari pada 03/08/08)
9.00 pm - majlis akad nikah
11.30 pm - surprise birthday celebration for my H U B B Y. (27 years old)


--------- tido -----------

09/08/08

2.30 pm - majlis persandingan dan fotografi bersama en rudy imported from KL...ahask...


akhirnye aku sudah bergelar isteri..ahaks....mrs nasrul.
tapi perasaan aku macam xde perasaan weh..cenggana aku nk wat ni...uwaaa...tolon aku..
aku pn xtau ape yg aku rse. seronok n hepi tu adelah...tipu la kalo kata x hepi..
aku mmg hepi sbb akhirnye aku sudah pun bergelar isteri yg sah... skang ni aku akan duk bersama dengan nye smpi bila2...doakan kebahagian kami...

kdg2 aku mcm xsedar yg kami dh kawen...terasa mcm kami kapel lagi...n malam2 dia akan anta aku balik. ahaks cm kelakar je... mungkin sbb kami masih kelam kabut ngan next resepsi, umah sewa baru aku.. n pelbagai lagi yg membuat kan kami terpaksa mementingkan perkara yg lebih penting dulu...

mugkin lepas smua dh setel aku bru 100% sedar kut yg aku ni dh jd pu1 fitra or pu1 pu2....ahaks.. kelakar weh... gelak guling2....tapi aku hepi yg aku dh dimiliki slepas 6 tahun kami kapel... harap2 kami kekal bahagia dunia akhirat..

tapi apa pun...aku mengucapkan jutaan terima kasih yg x terhingga kepada kawan2 yg sudi hadir n kotakan janji memenuhi jemputan aku... sayang korang mmmuaaaahhhhh !!!!
...dan harap sgt yg korang seronok n berbaloi dtg ke kenduri aku yg lepas..... mane2 yg terkurang n layanan yg x seberapa aku n hubby n family memohon jutaan maaf....

tapi ramai gak yg hadir adalah unexpected person..smua nye pun diam x bersuare...skali last minit ckp aku nk g kenduri ko..x pun tiba2 muncul... yg ckp nk pi x kunjung tiba lak atas pelbagai urusan yg leh lak bertukar alasan2 nye....ahaks...

jemputlah ke our next resepsi on 17th aug 2008 at taman sri andalas klang...

aku sanding kul 2...

jemputla nnti eks...

gambar2 tunang n nikah n sanding aku akan upload nnti... :)

leh gak tgk gambar2ku kt page kawan2 aku link seperti dibawah.


aiffah fotopages

sriaima's blog

Rubi's blog

Thursday, July 24, 2008

Walimatul Urus

Majlis perkahwinan hampir menjengah tiba..hehe..
Kepada rakan2 smua..anda dijemput hadir ke kenduri saya pada:-
9/8 di kelantan

17/8 di klang.. :)

pada rakan2 yg dekat ngan aku..semestinye dh tau majlis aku a few years ago.. hopefully u can make it for me... hari yg bersejarah dlm hidup yg hanya dtg sekali je InsyaAllah... sape yg mmg free kan time tu mmg la bleh simpankan sedikit budget utk kesana..+ shoping n holiday ahaks... n maybe dh lama dh pun leh simpan sbb dh lama pn kan tau majlis aku pada tarikh tersebut...

tapi kepada mereka yg x cukup budget jugak, n yg xleh dtg disebabkan pelbagai hal.. Blehlah dtg ke belah lelaki di Andalas Klang. Sape yg dh ckp nk mai dr dulu tu..aku tunggu korang disana..... :)(Kelantan + Klang)

"marriage is once in a lifetime!!!!
Raikanlah majlis yg hanya sekali dlm hidup yg tiada ulang nye lagi.."

Thanx to all my friend yang hadir meraikan hari - hari ku... :)

sape yg nk download map leh amik kt sini..aku attachkan sekali..


Jemputan ke kelantan (aku)


Peta umah Perempuan(aku)


Jemputan Ke umah Nasrul


Peta Umah Nasrul

Jemputla ke kenduri kami ;)

** btul ke aku ni dh nak kawen? erkkkkkk **

Monday, June 16, 2008

apa cer????alamak hampir sudah!!!!Wah

Huh lagi sebulan lebih je plak date perkahwinan aku..huhuhu…preparation cam ade lagi yg belum siap…huhuhuhu…aku cuaks + takut smua ade…
Belah laki aku dh setel dr segi boutique smua…tp belah pompuan belum lagi…serius aku pening kepala….sbb xtau la ape jadi ngan baju n segala2 mende yg aku tmpah kt boutique tuh nnti..huhuhuh..aku jadi bingung n sedikit serabut…sbb next month aku br leh balik nk setelkan balik smua + fitting baju aku…huhuh…sebenarnye aku paling risau pasal baju n makeup..aku ade makeup yg aku suka tp dr boutique lain..nnti kang aku amik org len yg makeup….xde sape lak yg tgu aku mase aku sanding nnti…arghhh serabut lak aku…huhuhhu….argh…kawen pun susah ke???ngan kengkangan duit mulai terasaaaaa…huahuahua... Alamak! Miskin Sudah….Wahhhhh…!!!! peace no war… :P

Friday, May 23, 2008

Pantang LArang Bakal Pengantin Melayu

Kepada bakal Pengantin smua...ini ade tips yg aku terbaca utk dikongsi bersama... Terpulang utk mempercayai atau tidak.... tapi aku cm susah skit nk percaya....huhuhuh...cam kelakar pn ade...tapi ade gak logiknye..... so rase memane yg leh di amalkan tu amikla sbagai amalan...mane yg x tu...sbagai bacaan je boleh la kut...huhuhuhuh

• Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
• Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik keluarga.
• Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.
• Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
• Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
• Jangan bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelak diri dari terkena sihir.
• Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
• Elakkan minum air mengandungi gas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
• Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki akan menghadapi masalah ketika bersama.
• Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
• Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat).
• Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
• Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
• Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga yang cukup sebagai persiapan.
• Amalkan makan telur ayam kampung dua kali seminggu yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
• Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.
• Belajar ilmu rumah tangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumah tangga aman dan damai.
• Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
• Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
• Elakkan minum minuman keras dan merokok.
• Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
• Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
• Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
• Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
• Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
• Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
• Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak unsur jahat.
• Jangan bercelak serta memotong rambut seminggu sebelum ijab kabul.
• Jika sudah nikah gantung tidak boleh bersama.
• Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan menghangatkan lagi kemesraan.
• Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak daripada dikhianati.
• Jangan buat kerja yang berat kerana apabila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.
• Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
• Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
• Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
• Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
• Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui orang lain bagi mengelak hujan turun ketika majlis berlangsung.
• Dilarang memandang cermin ketika disolek kerana dikhuatiri hilang seri.
• Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
• Jangan makan leher ayam nanti dikhuatiri kepala senget masa bersanding.
• Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
• Elakkan keluar rumah tanpa tujuan menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.

Thursday, May 8, 2008

EiGhT

-----8888888888888888------
-----8888888888888888------
-----8888888888888888------
-----8888888888888888------
88888888888888888888888888
88888888888888888888888888
-----8--------------8------
-----8--88-----88--8------
-----8------8-------8------
------8----888-----8-------
-------8----------8--------
---------8888888----------
---------------------------

semua 8....

huh lagi 2 bulan lebih utk tunggu 080808...huh cepat nye mase berlalu...aku bagaikan gementar gak...am i ready???? big question marks 4 me...im also dunno bout that..huh!!!
Come and Surf my Online Store
http://babystuff2u.blogspot.com
http://mummystuff2u.blogspot.com


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails