Ads

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Meisara

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

a'isy naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, May 23, 2008

Pantang LArang Bakal Pengantin Melayu

Kepada bakal Pengantin smua...ini ade tips yg aku terbaca utk dikongsi bersama... Terpulang utk mempercayai atau tidak.... tapi aku cm susah skit nk percaya....huhuhuh...cam kelakar pn ade...tapi ade gak logiknye..... so rase memane yg leh di amalkan tu amikla sbagai amalan...mane yg x tu...sbagai bacaan je boleh la kut...huhuhuhuh

• Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
• Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik keluarga.
• Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.
• Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
• Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
• Jangan bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelak diri dari terkena sihir.
• Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
• Elakkan minum air mengandungi gas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
• Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki akan menghadapi masalah ketika bersama.
• Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
• Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat).
• Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
• Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
• Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga yang cukup sebagai persiapan.
• Amalkan makan telur ayam kampung dua kali seminggu yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
• Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.
• Belajar ilmu rumah tangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumah tangga aman dan damai.
• Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
• Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
• Elakkan minum minuman keras dan merokok.
• Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
• Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
• Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
• Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
• Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
• Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
• Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak unsur jahat.
• Jangan bercelak serta memotong rambut seminggu sebelum ijab kabul.
• Jika sudah nikah gantung tidak boleh bersama.
• Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan menghangatkan lagi kemesraan.
• Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak daripada dikhianati.
• Jangan buat kerja yang berat kerana apabila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.
• Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
• Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
• Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
• Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
• Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui orang lain bagi mengelak hujan turun ketika majlis berlangsung.
• Dilarang memandang cermin ketika disolek kerana dikhuatiri hilang seri.
• Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
• Jangan makan leher ayam nanti dikhuatiri kepala senget masa bersanding.
• Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
• Elakkan keluar rumah tanpa tujuan menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.

Thursday, May 8, 2008

EiGhT

-----8888888888888888------
-----8888888888888888------
-----8888888888888888------
-----8888888888888888------
88888888888888888888888888
88888888888888888888888888
-----8--------------8------
-----8--88-----88--8------
-----8------8-------8------
------8----888-----8-------
-------8----------8--------
---------8888888----------
---------------------------

semua 8....

huh lagi 2 bulan lebih utk tunggu 080808...huh cepat nye mase berlalu...aku bagaikan gementar gak...am i ready???? big question marks 4 me...im also dunno bout that..huh!!!

'conflict'

This entry about ‘conflict’… A few days before…I was discussing about this topic with 1 of my fren…. Ade sdikit conclusion yg kami dpt la mase tuh…hahhaha.. 

Conflict about ‘ajak’…huhuhuhuuuuhu a bit funny sometimes….yg kelakar part last je pun….sebab aku rase kalo borak depan2 sure bantai gelak punye…tapi sapa yg baca n tau citer je kut yg leh paham pn…hehe. Yg xtau cite skit pn x lawak…

I give a simple story as an example bout this entry….

Dalam 1 group tu adela beberapa penghuni…. Smua kenal satu sama lain n Cuma rapat n kurang rapat jelakan….. tapi adala yg paling rapat antara org tu n org ni…n org ni n org tu…contoh A rapat ngan B. B rapat ngan yg lain same….tetiba mereka wat satu vacation or team outing… C ajak A kuar sama…tp B sbg bestfren si A ni tidak pula berkata ap2???walhal…jumpa n ckp je berdua….tepon2……smua pn mcm ade la wat bersama jugak… sedikit kekeliruan… agak2 ape tindakan A perlu amik mase tuh?? Katakan ya saya nk ikut… or xpelah saya x mau ikut…

Sbb si B ni plak xde pun ckp…
‘ weh C dh btau ko pasal nk g vacation tuh? Ko nk g? jumla weh..aku ikut… jumla…’ xplak dia ckp cmtuh…paling busuk pun
‘ jum ikut kitorg…’ dia x kata ape2….kalo sepanjang lepas plan tu mmg x jumpa mgkinla leh tutup sblah mata…tetapi lepas plan tu pun leh je jumpa borak2…tp x plak ckp pape…huhuhuhuhhu

Pastu kami mengupas lagi ape tindakan si A perlu amik…

Pastu kawan aku ni plak leh lak bg satu contoh…

(ni aku paste dr conversation antara kami… part dia jela.)
 ok... cube ko pk mcm ni plak
 bkn dr point of view org yg diajak
 mase *^&^&%(x perlu dinyatakan) open table.. org len x ajak, tp aku yg ajak...
 then org sume x suke...
 sume org ckp blakang2 psal dier mentioned nape dier dtg n x suke dier ade, ckp dier gedik n etc... tp depan2 sume ckp mcm biase siap laga2 pipi (part ni aku kelakar…kalo depan2 sure bantai gelak gile b*b*)
 kan x besh jugak tu kan...


Pasal yg ni aku x tau gak sbnarnya…sbb aku mmg x rapat sgt ngan dak yg dimaksudkan..mase tuh aku laga2la la jugak pipi, aku borak ok jela ngan dia sbb xde ape n xtau cite pn sbnarnya…muahahhah…lagipun aku mmg beware siap2 ngan dak tu…sbb kang kalo rapat ade plak lain yg jadi…so aku men play safe la kan….aku tau citer ni pun mase kitorg smua wat next gathering la kut kunun2 mase buka puase ramai2 kt burger king nye tempat…(tp mkn mknan len…huhuhuh)

Apa yg aku rase leh dpt kt sini…
+Ve
1 – klo dh best fren sendiri x btau cm susah jugak nk kata ye..sbb dia yg paling rapat ngan kite pn x kata ape walopn org len yg organize…mcm x welcome pun ye…
2- lagi safe kalo x ikut sbb kalo g pun ati x senang…..sbb rase org x selese ngn kewujudan kite…

-Ve
3 – pegi jek..xkisah la org len x btau pn…yg pasti ade org smpaikan….n btau…
4 – kalo diorg x suka pn bukan citer dpan2 pn…dia citer blakang je…bukan dengar pun….so wat bodo jela….

Jd kesimpulan yg aku dpt mase tuh 4 mende…n 2 perkara. perkara +ve n –ve. Jadi terpulang la kepada individu utk amik tindakan cmne kalu facing perkara yg mcm tuh…..hehehhe.

-->Last night 1 of my old fren came to my house.....i’m really happy with her after a lot of things happen, preassure n bla..bla…eventhough we just do some talk n talk n talk…n laugh…maybe it really make me release wif all my tense….n the best thing is ‘ aku halau c buncit balik coz she was here’ hahahha ‘ aku nk ronggeng ngan kawan aku…sibuk je c buncit tahan aku lama2…hahahhhah

Wednesday, May 7, 2008

kembali ke Rahmatullah



Dah lama aku mendiamkan diri….pelbagai cerita n idea ingin ditulis n dikongsi disini….tapi emosi tidak menyebelahi….hanya bermula dari pemergian arwah nenek pada 26th april 2008….pemergian yg tidak diminta…sesuatu yang tidak disangka.. dan harapan utk bersama di hari bahagia dgn satu- satunye nenek noktah pada hari itu...

Mmg dh lmbat utk aku titipkan disini…sbb setiap kali aku mula utk menaip..mata bertakung…bila teringat bertakung lagi…seperti biase…aku akan cuba sedaya upaya utk tidak tunjukkan emosi pada org…aku sukar utk paparkan kesedihan sbb aku tahu…bila aku mulakan kesedihan, aku akan berterusan n susah utk berenti… aku bagaikan kuat walopn sbnarnya aku sangatlah rapuh…

Semenjak aku dirisik n tarikh utk langsungkan majlis di ketahui keluarga…mok bagaikan sibuk itu n ini..bercerita x sudah tentang masjid yg akan dibina cucunye… berpesan pada pakcik aku aka ayah su…supaya jgn lupa balik kenduri aku (pakcik aku yg duk luar kelantan) rupanye…arwah tiada di hari itu…..on my big day!!!…. Bercerita ngan jiran2 aku...yg x lama dh nk kenduri besar katanye...smbil termenung sana sini...setiap kali jumpa ngan jiran aku pasti akan cerita topik aku...cerita jiran ku...

Setiap kali jumpa aku…arwah pasti menagis n kirim salam banyak2 kt c buncit ngan ulang2 kali..( pada aku… ia hnya pesanan n emosi org tua je) katanye… “ lin, kim salam banyak2 ke nasrul deh, kim salam banyaaakkk ke dia” sambil nangis… aku seperti biase akan cuba utk tidak menangis…hanya senyum n cium mok supaya mok x sedih lagi… rupenye dia x sempat utk menyambut kedatangan cucu ipar yg baru….

Tapi kata2 terakhir mok ialah.. “ mok nk tidor jap ye” tu pun lepas penat buang air yg sangat banyak…satu malam mok x tidor n smua org pn sama… badan mok yg agak berisi jadi kurus n kecil lepas buang air semalaman n x mkn beberapa hari(katanye tekak sempit susah nk telan)...lepas tu, mok x renti Tanya anak bongsu nye bila nk sampai…iaitu ayah su yg balik setiap minggu sejak mok tenat… ayah su sempat jumpa mok n borak2 ngan mok.. n arwah pergi disisi smua anak2 nye.

Pagi sabtu aku tepon mama n Tanya pasal arwah….mama ckp mok tdo n selepas borak ngan mama, kami letak fon..n selang 2 minit mungkin…mama tepon balik sambil menangis n cakap mok dh xde….mase tuh aku terkejut n mmg xleh terima…aku hanya ckp “haah?” mama minta aku btau smua…aku bingung mase tuh. Pada aku… “... mama tipu lin.. mama silap…. Jap lagi mama tepon balik ckp mok tdo jek...” ( aku berkata dlm ati)…tp ape pn aku kene btau abg n kakak aku ngan segera….

Pas bgtau smua…air mata gadis aku sememangnye dh xleh tahan lagi bila call c buncit…mase tuh aku mmg menangis…. Boboy yg ade ngan aku peluk aku kuat sangat mcm tau ape yg jadi…wat aku lagi sedih bila dia tanye… “cik su, mok xde…mok g mane???sape amik mok” dalm sedih kelakar pn ade…sbb budak kecik yg Tanya…tp dia mmg dh duk atas aku n peluk kuat2…aku pn xtau dia paham ke x…

Kami 3 beradik gerak kul 11.30. abg aku mmg x stop memane…dia mengomel sbb kete yg ade ngan dia kete auto n cc rendah lak tuh…kete lagi satu dia tinggal kt ktan... sememangnye a bit slow dlm keadaan yg mmg nk cepat smpai… kami smpat smpi…sblum arwah dikapan kan.

Mase tuh aku hanya rase…arwah pegi seketika…bukan utk selamanye…...

Tapi arini aku mula terima yg arwah mmg dh xde…

Aku redha…sbb arwah pergi bagaikan bersedia n prepare satu persatu…. Seperti mane yg diharapkan… “ Ya Allah, jangan kau seksa dngan sakitnye….kalo ajalnye telah sampai ambil lah ianye dengan baik…jikalau belum…kau berilah kesihatan utknye”.

Tapi kini aku terima, ini smua adalah perjalanan n qada’ qadar tuhan yg dah ditentukan n xleh diubah lagi…. Biarlah ia pergi..mungkin Allah dh tetapkan n yg terbaik utk kami.. kiter hanya mampu doa n lin akan sedekahkan yasin seperti mane mok minta mase mok ade didunia dulu….

“mok, terima kasih atas setiap pengorbanan n pemberian kepada kami…lin harapkan mok pada kenduri lin…tapi Allah lebih sayangkan mok….”

Mase aku nk balik mama menagis. Aku keraskan ati walopn mata aku dh bergenang… “ No, lin jgn nangis…jgn wat mama sedih..isk stop….air mate xmo kuar.”hati aku keras menahan sebak.. mata aku x pandang mama langsung…aku hanya sibuk memandang ke lain konon mencari barang yg ilang…walhal air mutiara dh pn mengalir…tapi aku cepat2 sapu sbb aku xnk sedih mama akn menjadi2…. Mama pasti akan lebih terasa kesedihan n kesunyian sbb mama yg jaga arwah. Setiap hari bergurau, bergaduh, mengadu smuanye berdua… mama cuma ckp kt aku “mok x sempat kenduri lin……”pastu nangis lagi… n tanyakan kalo2 aku nk amik kain batik mok yg banyak….sbb pasni mama nk sedekah kan kain tu…tu mmg pesan arwah…

~> aku hanya ade seorg nenek..sbb nenek n atok aku yg lain telah pergi sejak aku kecil lagi…..or mungkin aku belum lahir..mungkin itu mmbuatkan aku terlebih sedih…Cuma aku rase aku belum puas lagi balas jasa mok sbb mok dulu banyak tolong kami…mungkin sbb dari dulu arwah mmg tinggal ngan kami....

~> mmg aku x sangka...semase nenek2 opismate aku pergi dijemput ilahi...aku mmg mengenangkan mok..n terdetik "alhamdulillah mok sihat lagi" tapi aku x sangka arwah turut sama pergi mengikuti jejak mereka....

marilah kite sama-sama sedekahkan Al-fatihah utk nenek ku Hjh Sepiah... Al -Fatihah....

-n-
Come and Surf my Online Store
http://babystuff2u.blogspot.com
http://mummystuff2u.blogspot.com


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails